Nuffnang




Monday 14 October 2013

SABUN MARINE ASSENCE


ASSALAMUALAIKUM
           DAN
SALAM SEJAHTERA

                  buat pos kali ini ingin saya ceritakan tentang sabun yang mampu mencantikan kulit dan mencerahkan kulit anda . sabun ini dinamakan MARINE ASSENCE  bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit sabun ini terbaik buat anda . sabun marine assence ini juga mampu mencerahkan ketiak anda . oleh itu ada yang memanggilnya sabun ketiak . ketiak yang hitam mampu dicerahkan dengan sabun ini . banyak testimoni telah dibuat dan ramai yang telah berpuas hati . anda bagaimana ? ia sesuai buat sekeluarga . 
                          sabun marine assence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!


                                                                          Harga :-

1 bar RM 35
3 bar sekotak RM 105

*postage RM7*


Cara penggunaan :
1. Basahkan sehingga berbuih
2. Sapukan kepada kulit
3. Bilas dengan air sehingga bersih

Penyimpanan :
- Simpan di tempat dingin dan kering
- Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan


Bagaimana nak gunakan dengan JIMAT??
- Potong kecik atau bahagi 4 sabun tersebut!!





ATTENTION!!!!

Buih Sabun Marine Essence sangat banyak dan berbau saaaangattttttttt wangiiiiiiiiii!   ;-) 



Sabun khas untuk mencerahkan seluruh badan terutama bahagian ketiak dan celah peha. Ia dirumus khas dengan GLISERIN, GARAM BULUH dan PHENO-SFE (TM) untuk menyihatkan kulit. Ia berfungsi sebagai :

- menjadikan kulit anda lebih lembut, sihat dan sentiasa berseri.
- sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Ia juga mengandungi rumusan khas anti-oksidan dan minyak asli :
- Ekstrak Liquorice
- Minyak Tea Tree
- Vitamin E
- Aloe Vera 


Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

CALL / SMS :- 
                             RINA   012-5116524

Monday 24 September 2012

MINERAL COFFEE BERSAMA GARAM BULUH...


  MINERAL COFFEE  

BERSAMA

GARAM BULUH...



ASSALAMUALAIKUM ,
DAN 
SALAM SEJAHTERA....

apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai kegemaran aku tentang COFFEE...aku memang penggemar coffee . sesiapa yang mengenali isteri aku iaitu RINA , korang boleh tanya dia tentang kegemaran aku tentang coffee...
sudah lama aku menggemari coffee ni , sejak zaman sekolah lagi . bila dah kawin isteri aku mula boring... tak ada minuman lain ke...? itulah soalan yang kerap dia tanya pada aku...nak buat macam mana . dah itu kegemaran aku . 
buat pos kali ini , aku nak kongsi dengan korang semua tentang coffee yang best dan sedap rasanya . dah macam-macam  jenis coffee aku dah minum...yang ada dipasaran tu pada aku memang tak boleh lawan dengan coffee yang aku nak citer pada korang ni . 
coffee yang aku nak citer pada korang ni berstatus KESIHATAN . namanya MINERAL COFFEE . yang buat best dan sedapnya mineral coffee ni adalah Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.
antara keberkesannya :- 
Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan 
Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
Melegakan tekanan.

minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang mengidapi penyakit seperti kencing manis , darah tinggi , gout  dan pelbagai lagi penyakit . pada mereka yang minum kurang gula minuman ini sangat sesuai kerana ia tidak dicampurkan gula atau manisan . 
antara kandungannya :- 
Krimer Bukan Tenusu (Sirap Glukosa, Minyak Sayur, Protein Susu, Fosfat, Pengemulsi, Bahan Anti Gumpal, Warna), Serbuk Kopi Segera Robusla, Maltodextrin, Garam Buluh, Serbuk Koko, Aspartame. Mengandungi Bahan Penstabil dan Bahan Perisa yang dibenarkan.

Kopi Mineral diformulasikan dengan Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segera Robusta yang mengharumkan. Adunan istimewa kopi ini bukan sahaja mernenuhi kepuasan para peminat dengan aroma yang menyegarkan, malahan membekalkan pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium. MAGNESIUM merupakan sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Cara pembungkusannya kecil, mudah dibawa dan disediakan untuk kenikmatan anda pada bila-bila masa. Jadikan Kopi Mineral Hai-O sebagai pilihan anda untuk rnemulakan aktiviti harian.

bertukarlah kepada rasa coffee istimewa disamping menjaga kesihatan untuk kecergasan dan memastikan kita menggambil mineral secukupnya untuk memenuhi kehendak dan keperluan harian...bagi memastikan kita mampu menempuh aktiviti harian dengan sihat dan cergas.... 

HUBUNGI :-

> hairyina@gmail.com
>sabrinarazi@yahoo.com

SMS :-

RINA
0125116524 

Monday 10 September 2012

PERCUTIAN PERCUMA KE GUANGZHOU , CHINA HARI PERTAMA DAN KE-2



PERCUTIAN PERCUMA KE GUANGZHOU , CHINA 

HARI PERTAMA DAN KE-2




ASSALAMUALAIKUM...,
            DAN
SALAM SEJAHTERA...

                dah beberapa minggu tak buat pos...untuk pos kali ini..., kami di hairyina.blogspot.com ingin menceritakan atau berkongsi cerita bersama-sama anda semua iaitu suatu percutian yang kami nikmati pada 10 julai sehingga 13 julai 2012...
                kami memulakan bisnes ini pada february 2012...kami asalnya tiada pengalaman atau asas tentang bisnes atau perniagaan . dengan bantuan dan tunjuk ajar dari rakan kongsi yang berpengalaman , kami diajar dan dididik tentang perniagaan ini . alhamdulillah syukur kehadirat illahi kerana menemukan kami dengan bisnes ini . kalau tak , tak adalah kami nak rasa bercuti ke oversea...
                kami dimaklumkan oleh rakan kongsi kami bahawa kami layak menyertai percutian yang berstatus VVIP . pada mulanya kami agak terkejut dan teruja mendengarnya . macam tak percaya je yang kami layak menyertai percutian ini .padahal kami baru sesangat dalam bisnes ini .itulah orang kata "usaha tangga kejayaan" . 
                kami mula bertolak dari rumah pada 10 julai jam 1am menuju ke KLIA . perasaan teruja masih lagi menyelubungi diri . almaklumlah pertama kali nak naik kapal terbang . bila sampai je kat KLIA semua rakan-rakan kongsi telah sampai dan menunggu ketibaan kami . setelah kami mengesahkan kehadiran kami kami kami diberi cenderahati berupa beg galas dan payung .













setelah lama menunggu akirnya saat ditunngu telah tiba , kami dimaklumkan bergerak menuju ke kapal terbang...barulah kami tahu cara nak keluar negara...
            perasaan kagum mula menyelubungi diri...almaklumlah pertama kali naik kapal terbang .sebelum kapal terbang berlepas pengumuman dibuat menyatakan ada rakan kongsi dari HAI-O . best je rasanya kalau pergi sendiri tak ada macam ni . setelah semua urusan selesai , kapal terbang mula berlepas . pengalaman baru mula dirasai . bila kapal terbang dalam keadaan stabil betapa indahnya bumi ALLAH ini jika dilihat dari udara .betapa kerdilnya kita sebenarnya .





kami menaiki penerbangan thai airway yang disediakan oleh HAI-O . kami membuat pertukaran kapal terbang di lapangan antarabangsa bangkok . kira 4 kali kami menaiki pesawat semasa pergi dan balik ke guangzhou . gambar diatas adalah makanan yang disediakan semasa penerbangan dari KLIA ke BANGKOK . sebaik tiba dibangkok kami terus membuat pertukaran kapal terbang . perjalanan diteruskan .





          kami tiba di BAIYUNPORT kira dah petang . sebaik tiba di BAIYUNPORT iaitu lapangan terbang di guangzhou , sesuatu kelainan kami rasai . apa yang dilihat semuanya china , ye lah dah kat negara diaorang , memang lah kan .

          setelah selesai melalui kastam china . kami dibawa menaiki bas terus ke salah sebuah masjid di GUANGZHOU...untuk menunaikan solat jamak bagi zohor dan asar...




selesai semuanya urusan dimasjid . kami di bawa untuk menikmati juadah makanan yang disediakan sebuah restoran muslim yang ter letak ditengah-tengah bandaraya . mula-mula rasa macam tak berpa selera nak makan . tapi bila dah masuk kedalam restoran apa lagi...sental je...sedap....




setelah puas menikmati juadah . kami dibawa ke suatu tempat yang agak popular di bandaraya guangzhou . apalagi "SHOPPING TIME" .baru sampai dah bagi peluang untuk shoping. sebelum kami dilepaskan untuk bershoping , kami dimaklumkan bahawa kami boleh menikmati buah laici yang dijual sendiri oleh pengusahanya...apalagi tanpa membuang masa kami pun teng...teng...teng....jom shoping....








sebelum kami datang kesini kami dimaklumkan bahawa shoping disini sama dengan kita shoping di petaling street...nak harga murah kena la pandai main ayat dan muka . shoping disini memang best murah giler...untung rasa join bisnes ni . kalau tak , tak dapat la rasa semua ni...
        selesai shoping kami dibawa ke hotel untuk check-in . lega rasanya dapat sampai bilik . bila sampai kebilik je , semua ada . tab mandi ada , tv ada , peti ais ada , pengering rambut ada , siaran macam-macam ada , HBO pun ada , memang best la...apalagi masa untuk berendam  air panas la...






sampai disini dahulu yang dapat kami kongsi kan bersama anda...insyaallah kami akan kongsi kan lagi untuk hari kedua , ketiga dan keempat...sampai berjumpa lagi...
jika anda tercari-cari bisnes yang terbaik...ini lah yang terbaik yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan percutian yang hebat untuk anda dan sekeluarga...bayangkan jika anda dapat menikmati percutian percuma dan dengan layanan VVIP...bestkan...sesuatu nikmat yang tak dapat dibayangkan dan jika bercuti sendiri rasanya tak dapat nak rasa semua nikmat ni...
    sampai berjumpa lagi dilain masa ,
                             sekian.........