Nuffnang




Monday 10 September 2012

PERCUTIAN PERCUMA KE GUANGZHOU , CHINA HARI PERTAMA DAN KE-2



PERCUTIAN PERCUMA KE GUANGZHOU , CHINA 

HARI PERTAMA DAN KE-2




ASSALAMUALAIKUM...,
            DAN
SALAM SEJAHTERA...

                dah beberapa minggu tak buat pos...untuk pos kali ini..., kami di hairyina.blogspot.com ingin menceritakan atau berkongsi cerita bersama-sama anda semua iaitu suatu percutian yang kami nikmati pada 10 julai sehingga 13 julai 2012...
                kami memulakan bisnes ini pada february 2012...kami asalnya tiada pengalaman atau asas tentang bisnes atau perniagaan . dengan bantuan dan tunjuk ajar dari rakan kongsi yang berpengalaman , kami diajar dan dididik tentang perniagaan ini . alhamdulillah syukur kehadirat illahi kerana menemukan kami dengan bisnes ini . kalau tak , tak adalah kami nak rasa bercuti ke oversea...
                kami dimaklumkan oleh rakan kongsi kami bahawa kami layak menyertai percutian yang berstatus VVIP . pada mulanya kami agak terkejut dan teruja mendengarnya . macam tak percaya je yang kami layak menyertai percutian ini .padahal kami baru sesangat dalam bisnes ini .itulah orang kata "usaha tangga kejayaan" . 
                kami mula bertolak dari rumah pada 10 julai jam 1am menuju ke KLIA . perasaan teruja masih lagi menyelubungi diri . almaklumlah pertama kali nak naik kapal terbang . bila sampai je kat KLIA semua rakan-rakan kongsi telah sampai dan menunggu ketibaan kami . setelah kami mengesahkan kehadiran kami kami kami diberi cenderahati berupa beg galas dan payung .













setelah lama menunggu akirnya saat ditunngu telah tiba , kami dimaklumkan bergerak menuju ke kapal terbang...barulah kami tahu cara nak keluar negara...
            perasaan kagum mula menyelubungi diri...almaklumlah pertama kali naik kapal terbang .sebelum kapal terbang berlepas pengumuman dibuat menyatakan ada rakan kongsi dari HAI-O . best je rasanya kalau pergi sendiri tak ada macam ni . setelah semua urusan selesai , kapal terbang mula berlepas . pengalaman baru mula dirasai . bila kapal terbang dalam keadaan stabil betapa indahnya bumi ALLAH ini jika dilihat dari udara .betapa kerdilnya kita sebenarnya .





kami menaiki penerbangan thai airway yang disediakan oleh HAI-O . kami membuat pertukaran kapal terbang di lapangan antarabangsa bangkok . kira 4 kali kami menaiki pesawat semasa pergi dan balik ke guangzhou . gambar diatas adalah makanan yang disediakan semasa penerbangan dari KLIA ke BANGKOK . sebaik tiba dibangkok kami terus membuat pertukaran kapal terbang . perjalanan diteruskan .





          kami tiba di BAIYUNPORT kira dah petang . sebaik tiba di BAIYUNPORT iaitu lapangan terbang di guangzhou , sesuatu kelainan kami rasai . apa yang dilihat semuanya china , ye lah dah kat negara diaorang , memang lah kan .

          setelah selesai melalui kastam china . kami dibawa menaiki bas terus ke salah sebuah masjid di GUANGZHOU...untuk menunaikan solat jamak bagi zohor dan asar...




selesai semuanya urusan dimasjid . kami di bawa untuk menikmati juadah makanan yang disediakan sebuah restoran muslim yang ter letak ditengah-tengah bandaraya . mula-mula rasa macam tak berpa selera nak makan . tapi bila dah masuk kedalam restoran apa lagi...sental je...sedap....




setelah puas menikmati juadah . kami dibawa ke suatu tempat yang agak popular di bandaraya guangzhou . apalagi "SHOPPING TIME" .baru sampai dah bagi peluang untuk shoping. sebelum kami dilepaskan untuk bershoping , kami dimaklumkan bahawa kami boleh menikmati buah laici yang dijual sendiri oleh pengusahanya...apalagi tanpa membuang masa kami pun teng...teng...teng....jom shoping....








sebelum kami datang kesini kami dimaklumkan bahawa shoping disini sama dengan kita shoping di petaling street...nak harga murah kena la pandai main ayat dan muka . shoping disini memang best murah giler...untung rasa join bisnes ni . kalau tak , tak dapat la rasa semua ni...
        selesai shoping kami dibawa ke hotel untuk check-in . lega rasanya dapat sampai bilik . bila sampai kebilik je , semua ada . tab mandi ada , tv ada , peti ais ada , pengering rambut ada , siaran macam-macam ada , HBO pun ada , memang best la...apalagi masa untuk berendam  air panas la...






sampai disini dahulu yang dapat kami kongsi kan bersama anda...insyaallah kami akan kongsi kan lagi untuk hari kedua , ketiga dan keempat...sampai berjumpa lagi...
jika anda tercari-cari bisnes yang terbaik...ini lah yang terbaik yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan percutian yang hebat untuk anda dan sekeluarga...bayangkan jika anda dapat menikmati percutian percuma dan dengan layanan VVIP...bestkan...sesuatu nikmat yang tak dapat dibayangkan dan jika bercuti sendiri rasanya tak dapat nak rasa semua nikmat ni...
    sampai berjumpa lagi dilain masa ,
                             sekian.........

No comments:

Post a Comment