Nuffnang




Tuesday 6 March 2012

SAYANG MAK!!!........

Entri ni aku tulis setelah 7 hari mak aku sakit dan 3 kali bertukar hospital..Pagi khamis 1/3/2012 aku terima msg drpd kakak aku yg mak aku demam, cirit birit yg tak berhenti. Mak aku dh tak sedar...tiap kali demam, perkara mcm tu kerap berlaku. Aku kat ofis terus ambik keputusan cuti 2 hari..Mak aku dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Kuala Lumpur. Masa tu keadaan mak tak stabil dan amat2 menyedihkan.

Yang menjadi kekesalan kami adik beradik, sampainya mak aku kat Hospital tu, mak aku tak dimasukkan air malah disruh makan ubat panadol dgn sendirinya..Logik ke dlm keadaan mak aku yg tak sedar disuruh makan ubat. Bila kami tanya takde ke cara lain, doktor suruh hancur2kan ubat. Bila kami suap ubat, mak x telan sbb mak tak sedar..Sedih dan sakit ati sgt dgn doktor masa tu. Setelah berjam2 kat situ dari pagi sampai petang, mak aku dihantar ke wad. Dok la semalaman mak aku dalam wad tu, kak yong aku yg jaga tp keadaan mak masih tak stabil..Tindakan pihak hospital amat2 mendukacitakan.

Dipendekkan citer, kami adik beradik ambik keputusan bawa mak ke Hospital Selayang. Pakai private ambulance kena caj RM 350.00..Di Hospital Selayang, doktor check mak aku. Mak dh buka mata, bila doktor tanya nama mak, mak dh boleh jawab..masa tu bercucuran air mata aku dan kakak aku sbb x sangka mak dh ada perubahan. Kami tgg mak dari jam 10.00 malam sampai jam 3.00 pagi. Dapat lagi satu masalah bila doktor cakap katil penuh, tak boleh nak tempatkan mak di wad.Doktor suruh mak dtg pagi esok pulak.Mcm mana nak bawa naik lif tingkat 4 dgn xde wheelchair sbb bila ubah kedudukan mak atas katil pun mak sakit...Ya Allah dugaan lagi.

Jadinya, sekali lagi kami ambik keputusan bawa sendiri ke Hospital Slim River. Sekarang ni mak ditempatkan di wad 4 katil 8 di Hospital Slim River..Mulanya mak dok katil 12 tapi bila pagi isnin kelmarin keadaan mak tak berapa stabil, ditukarkan ke katil 8 berhadapan kaunter nurse..Setelah beberapa hari, semalam mak disahkan demam denggi dan paru2 mak pun x ok..tapi alhamdulillah mak semakin pulih.

Yang pasti, kami anak2 mak akan jaga mak sebaik mungkin...
KAMI SAYANG MAK!!!!!

No comments:

Post a Comment